Beloved Followers

Sunday, February 14, 2010

First Trial

Hehe..hari yg ditunggu telah tiba..petang td dah gi beli semua barang2 yang aku listkan semalam..so cabaran bermula..aku start ngan buat Chocolate Ganache sbb benda tu kena tungu 2-3 jam baru leh guna..naper kena tunggu pun aku tak tau..tu yg aku google la tentang Ganache ni..aku try guna resepi ni..

CHOCOLATE GANACHE :

Sukatan biasa digunakan membuat ganache ialah:
300 gm krim pekat/putar
500 gm coklat masakan(cincang halus)
30 gm mentega

Kaedah asas membuat ganache:
1) Cincang coklat masakan kecil-kecil.Masukkan mentega sekali dengan coklat yang sudah dicincang ini.
2) Panaskan krim hingga mendidih. Angkat.
3) Masukkan coklat dalam krim dan kacau hingga coklat cair.
4) Biarkan ia sejuk beberapa jam sebelum digunakan.( Boleh juga teknik double boiling untuk masak coklat ganache ini)

2nd step plak buat kek..aku guna resepi ni..

MOIST CHOCOLATE CAKE

BAHAN A : diayak
2 cwn tepung gandum
1 cwn serbuk koko
1sudu kecil baking powder
1sudu kecil soda bicarbonate

BAHAN B :
4 biji telur
2 cwn gula halus
1 cwn susu pekat
1 cwn minyak
1½ cwn air panas mendidih

CARA MEMBANCUH ADUNAN
  1. Pukul gula dan telur sehingga kembang (high speed) selama 10 minit .
  2. Kemudian masukkan susu pekat , pukul sekejap dan masukkan minyak dan pukul menggunakan aras low speed .
  3. Masukkan bahan A iaitu tepung - sedikit demi sedikit dan kacau perlahan-plahan sehingga betul-betul sebati .
  4. Kemudian masukkan air panas dlm adunan tadi (part ni tak perlu pukul just ratakan ngan senduk kayu).
  5. Akhir sekali masukkan bancuhan kek ini dalam cup kertas dan bakar selama 15 minit dalam suhu 180 darjah celcius atau sehingga kek masak .
  6. Cara lain untuk nak check sama ada kek dah masak ialah dengan mencucuk bahagian tengah kek dengan lidi , jika lidi yang ditarik keluar itu bersih bermakna kek dah masak .
Dan inilah hasilnya..
Adunan kek yang dah siap untuk dimasukkan ke dalam oven.Aku x beli bekas untuk bakar cupcake..so disebabkan paper cup tu agar nipis so konpem cupcake aku akan jadi sangat lebar.
Ni la hasilnya selepas siap dibakar..lebar2 sikit la..tapi aku memang puas ati dengan hasil dan rasanya..


Ni pulak cake yang dah siap dihias dengan Chocolate Ganache dan letak skit twinkle twinkle little star. Chocolate Ganache tu memang sedap..Hasil daripada sukatan diatas aku cuma dapat lebih kurang 30 biji..mungkin sebab cup aku tu besar sangat kot..tapi first trial ni da cukup untuk buat aku happy sangat2..mama pun puji cakap sedap..hehehe..thanx mama sebab bagi pinjam oven and mixer..

No comments:

Post a Comment