Beloved Followers

Tuesday, February 16, 2010

Buttercream

Tadi gi sumbangkan kek coklat moist yang aku buat masa first time tu kat kawan2 tempat keje lama..dorang puji sedap..and da ada yang planning nak tempah untuk birthday and tunang..hehe..bestnya..hari ni aku nak share resepi untuk buttercream yang akan digunakan untuk deco cupcake..resepi ni aku amik kat myresepi..daripada komen org yang dah try hasilnya agak memuaskan..aku pun tak try lagi..

BUTTERCREAM

Bahan-bahan ( boleh digunakan untuk kek 1 kilo )
250gm butter
150gm shortening
250gm icing sugar (diayak dulu)
2 sudu besar susu segar
Pewarna ikut suka

Cara-caranya:
  1. Pukul kesemua bahan (kecuali susu segar) hingga kembang atau rupa berubah menjadi putih gebu
  2. Setelah cream kembang, putih dan gebu (sekiranya nampak kurang lembut barulah masukkan susu cair tadi) jika cuaca panas mungkin cream tidak memerlukan susu kerana akan menajdi agak lembut
  3. Ambillah banyak mana cream yang diperlukan dan letak pewarna ikut suka. Kacau sehingga rata...
Resepi ni nampak mcam sangat senang and cepat..tak sabar nak try..selamat mencuba..

2 comments:

  1. aku kawen nanti hang hadiah cupcakes lah untuk hantaran aku..hahaha..mcm mana?

    ReplyDelete
  2. bleh jugak..nk ker..aku mmg dok amik tempahan skang ni..bleh jer aku nk buatkan..bagitau la details apa yg hg nk..

    ReplyDelete