Beloved Followers

Showing posts with label RECIPE. Show all posts
Showing posts with label RECIPE. Show all posts

Saturday, August 11, 2012

Cookies for Raya

Hari ke-22 Ramadhan..Alhamdulillah..

 Semua org dah dalam mood raya skang..sibuk ngn persiapan baju dan kuih raya..saya pun sempat la jugak buat 2-3 jenis biskut raya..tapi x amik order pun sebab si kecik saya sgt suka menolong kat dapur..

Almond London

Sempat la jugak buat biskut feveret ni..kalau nk beli skang ni org jual  50pcs RM 25.00..mahal la jugak..bila buat ni jimat baayk la jugak sebab bahan tu xde la mahal sgt..cuma lambat skit nak buat almond london ni..ye la mula-mula nak bakar pastu dah abis nk celup ngn choc plak..kena cepat2 buat keje sebab choc tu cepat beku..mmg byk step tu..saya pun amik resepi dari www.myresepi.com my dan mmg sedap resepi ni..


Interested to place your order or to ask for quotation, kindly email us at are_you026@yahoo.com

Thursday, August 09, 2012

Puding Milo Oreo

Hari ke-20 Ramadhan...Alhamdulillah..

Bulan puasa ni rasa kering tekak...so saya terasa nak makan sesuatu yang sejuk..
tiba2 teringat minggu lepas jiran sebelah rumah ada sedekahkan puding milo oreo yang sgt sedap...
Projek utk petang ni PUDING MILO OREO...

Resepinya:

20grm agar-agar tali
4 cawan air
2 cawan gula (ubah ikut citarasa yer..)
1/2 tin susu cair
6 sudu makan milo
sedikit oreo

1. Masak agar-agar dalam air hingga hancur.
2. Setelah hancur masukkan gula hingga sebati
3. Sementara menunggu agar-agar dan gula hancur, bancuh milo bersama air panas dan campur dgn susu cair
4. Masukkan campuran milo tadi ke dalam agar-agar
5. Tapis dan masukkan ke dalam  bekas
6. Biarkan agar-agar sedikit sejuk sebelum memasukkan oreo diatas. Tekan sedikit supaya oreo turun ke bawah.
7. Simpan sehingga agar-agar beku dan sedia untuk di hidang...

dah potong masuk dalam mulut dh....







SELAMAT MENCUBA 
SELAMAT BERPUASA
semoga kita semua mendapat keberkatan Ramadan..

Tuesday, July 20, 2010

Devil's Food Chocolate Cake

Resepi ni aku jumpa kat sini lepas jalan2 kat tgk kek...tengok jer gmbar terus berkenan..malam tu jugak g cari barang2 and terus buat...n nk buat suprise kt hubby jugak..
So for those who wanna try this recipe..i wish good luck to u oll...
operasi copy & paste telah dijalankn dari blog Edina..hehe..tq for sharing ya..

jeng2..dh siap kek idaman ni...sedapppppp sangattttttt....
Lepas potong tgk dari dalam lagi sedap...sesapa yg berminat buat kek ni try la..mmg terjamin kesedapannya..x payah g beli kt 'secret' dh...hehe..

Devil's Food Chocolate Cake
p/s: yg ni english version and aku pun malas nk translate ke b.melayu..sowii..

1 cup all purpose flour (tepung gandum biasa)
1/4 cup cocoa powder
3/4 teaspoon bicarbonate soda
1/4 teaspoon salt
1/2 cup granulated sugar
1/2 cup brown sugar
65 gram butter
1 large egg - size A
1 teaspoon vanilla extract
1/4 cup buttermilk (homemade: 1/4 cup milk added with a few drops of distilled vinegar (cuka biasa), leave to rest for about 20 minutes
1/2 cup warm water

Methods:

Set your oven at 170C (i set mine at 160C)
Prepare your cake tins, I used my casserole.
Sieve flour, cocoa powder, bicarbonate soda, salt, and set aside.
Beat butter with sugars until light and fluffy, add eggs.
When all well incorporated add the dry ingredients (flour, cocoa powder etc) and alternate with liquid ingredients (buttermilk + warm water) in three portions, last incorporate the vanilla extract.
Bake for about 30 minutes or until just cooked


Cream Cheese Frosting

250 g Philly cheese
125 g butter
1 cup icing sugar
1 teaspoon vanilla extract
juice of a squeezed slice of lemon, to rid the cheese taste
Beat the cheese and butter, just until creamy, add the icing sugar, vanilla and lemon juice.

Chocolate Ganache
200 ml double cream with at least 30% fat content
250 g dark chocolate, chopped finely
a pinch of salt

In a double boiler, warm the cream until just at boiling point, add the chocolate and salt and stir, when all chocolate is melted, remove from the heat and continue stirring until all well mixed.

Wait for the cake to cool completely, spread the cream cheese frosting and pour the ganache on top.

Tuesday, February 16, 2010

Buttercream

Tadi gi sumbangkan kek coklat moist yang aku buat masa first time tu kat kawan2 tempat keje lama..dorang puji sedap..and da ada yang planning nak tempah untuk birthday and tunang..hehe..bestnya..hari ni aku nak share resepi untuk buttercream yang akan digunakan untuk deco cupcake..resepi ni aku amik kat myresepi..daripada komen org yang dah try hasilnya agak memuaskan..aku pun tak try lagi..

BUTTERCREAM

Bahan-bahan ( boleh digunakan untuk kek 1 kilo )
250gm butter
150gm shortening
250gm icing sugar (diayak dulu)
2 sudu besar susu segar
Pewarna ikut suka

Cara-caranya:
  1. Pukul kesemua bahan (kecuali susu segar) hingga kembang atau rupa berubah menjadi putih gebu
  2. Setelah cream kembang, putih dan gebu (sekiranya nampak kurang lembut barulah masukkan susu cair tadi) jika cuaca panas mungkin cream tidak memerlukan susu kerana akan menajdi agak lembut
  3. Ambillah banyak mana cream yang diperlukan dan letak pewarna ikut suka. Kacau sehingga rata...
Resepi ni nampak mcam sangat senang and cepat..tak sabar nak try..selamat mencuba..

Sunday, February 14, 2010

First Trial

Hehe..hari yg ditunggu telah tiba..petang td dah gi beli semua barang2 yang aku listkan semalam..so cabaran bermula..aku start ngan buat Chocolate Ganache sbb benda tu kena tungu 2-3 jam baru leh guna..naper kena tunggu pun aku tak tau..tu yg aku google la tentang Ganache ni..aku try guna resepi ni..

CHOCOLATE GANACHE :

Sukatan biasa digunakan membuat ganache ialah:
300 gm krim pekat/putar
500 gm coklat masakan(cincang halus)
30 gm mentega

Kaedah asas membuat ganache:
1) Cincang coklat masakan kecil-kecil.Masukkan mentega sekali dengan coklat yang sudah dicincang ini.
2) Panaskan krim hingga mendidih. Angkat.
3) Masukkan coklat dalam krim dan kacau hingga coklat cair.
4) Biarkan ia sejuk beberapa jam sebelum digunakan.( Boleh juga teknik double boiling untuk masak coklat ganache ini)

2nd step plak buat kek..aku guna resepi ni..

MOIST CHOCOLATE CAKE

BAHAN A : diayak
2 cwn tepung gandum
1 cwn serbuk koko
1sudu kecil baking powder
1sudu kecil soda bicarbonate

BAHAN B :
4 biji telur
2 cwn gula halus
1 cwn susu pekat
1 cwn minyak
1½ cwn air panas mendidih

CARA MEMBANCUH ADUNAN
  1. Pukul gula dan telur sehingga kembang (high speed) selama 10 minit .
  2. Kemudian masukkan susu pekat , pukul sekejap dan masukkan minyak dan pukul menggunakan aras low speed .
  3. Masukkan bahan A iaitu tepung - sedikit demi sedikit dan kacau perlahan-plahan sehingga betul-betul sebati .
  4. Kemudian masukkan air panas dlm adunan tadi (part ni tak perlu pukul just ratakan ngan senduk kayu).
  5. Akhir sekali masukkan bancuhan kek ini dalam cup kertas dan bakar selama 15 minit dalam suhu 180 darjah celcius atau sehingga kek masak .
  6. Cara lain untuk nak check sama ada kek dah masak ialah dengan mencucuk bahagian tengah kek dengan lidi , jika lidi yang ditarik keluar itu bersih bermakna kek dah masak .
Dan inilah hasilnya..
Adunan kek yang dah siap untuk dimasukkan ke dalam oven.Aku x beli bekas untuk bakar cupcake..so disebabkan paper cup tu agar nipis so konpem cupcake aku akan jadi sangat lebar.
Ni la hasilnya selepas siap dibakar..lebar2 sikit la..tapi aku memang puas ati dengan hasil dan rasanya..


Ni pulak cake yang dah siap dihias dengan Chocolate Ganache dan letak skit twinkle twinkle little star. Chocolate Ganache tu memang sedap..Hasil daripada sukatan diatas aku cuma dapat lebih kurang 30 biji..mungkin sebab cup aku tu besar sangat kot..tapi first trial ni da cukup untuk buat aku happy sangat2..mama pun puji cakap sedap..hehehe..thanx mama sebab bagi pinjam oven and mixer..

First entry

First time nak buat entry utk cupcakes..benda yang aku memang minat sangat tapi tak penah ada masa untuk buat semua tu.So sejak aku dah jadi teacher ni aku banyak menghabiskan masa kt rumah sambil buat deco (tu pun aku minat) jadi aku rasa mungkin aku boleh try skill dalam masakan plak..actually aku memang tak ada experience langsung pasal cupcake ni.so aku akan start from the beginning..dah lama aku dok google pasal cupcake and tomorrow aku akan buat my first cupcake..jeng..jeng..

For my first cupcake aku akan try untuk buat Moist Chocolate Cake with Chocolate Ganache..fuhh tgk nama cake pun aku da terliur..tak sabarnya nak tunggu esok..for tomorrow aku dah import resepi from blog Resepi Nannie.pasal oven and mixer plak aku akan import dari kampung..pinjam jap ek mama..esok pagi aku akan gi kedai utk shopping basic things utk buat cake..aku dah siapkan list seperti dibawah

  1. Tepung Gandum
  2. Serbuk Koko
  3. Baking Powder
  4. Soda Bikarbonat
  5. Gula Halus
  6. Susu Pekat
  7. Coklat Masakan
  8. Cupcake Paper
  9. Krim Putar
  10. Hiasan
  11. Lastly tray...